SOROK-SOROK

Permainan Sorok-sorok merupakan sejenis permainan yang menyeronokkan. Ada tempat yang memanggilnya Permainan Aci Nyorok, Aci Pekok atau Main Sembunyi Ibu. Ada juga tempat yang menamakannya Main Induk dan mungkin ada lagi nama-nama lain bagi permainan ini. Walaupun pelbagai nama digunakan, cara bermain permainan ini adalah hampir sama. Permainan ini menguji kecekapan pencari mencari pemain-pemain yang sedang bersembunyi. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain permainan ini pada masa lapang, terutamanya pada waktu petang.


Tempat

Kawasan yang mempunyai tempat untuk bersembunyi atau menyorok. Had kawasan permainan hendaklah ditentukan.



Peralatan

Sehelai kain untuk menutup mata. Sapu tangan juga boleh digunakan.



Pemain

Tidak dihadkan bilangannya. Boleh dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.




Langkah-langkah Permainan

1.Andaikan terdapat sepuluh orang pemain. Undian perlu dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menjadi pencari. Undian bolehlah dilakukan dengan cara yang di persetujui oleh pemain-pemain.

2. Had kawasan permainan perlu ditentukan bagi mengelakkan pemain-pemain menyorok atau bersembunyi terlalu jauh. Biasanya kawasan ini tidak terlalu luas.

3. Di tempat pencari berdiri diletakkan satu tanda dipanggil "Ibu", "Induk" atau "Rumah". Tanda ini boleh menggunakan kayu atau batu, ditanda di atas tanah.

4. Apabila permainan hendak dimulakan, salah seorang perserta akan menutup mata pencari dengan sehelai kain yang disediakan tadi. Jika kain tidak digunakan, pencari hanya perlu memejamkan mata.

5. Dalam keadaan mata yang tertutup, pencari akan membiland 1 hingga 10. Sewaktu pencari membilang, sembilan orang peserta lagi mesti segera menyorok atau bersembunyi.

6. Pencari akan membuka matanya setelah dia selesai membilang.

7. Pencari akan segera mencari pemain-pemain yang sedang bersembunyi. Apabila dia ternampak mana-mana permain, dia perlu segera menyebut name pemain berkenaan. Pencari juga perlu segera menyentuh "Rumah", "Ibu", atau "Induk" tadi.

8. Pencari perlu melakukan perkara yang sama, iaitu mencari perserta yang bersembunyi sehingga kesemuanya dapat dicari.

9. Setelah pencari berjaya mencari semua pemain, maka pemain yang pertama namanya disebut akan menjadi pencari pula.

10. Jika permainan hendak diteruskan lagi, langkah yang sama perlu diulang.




Peraturan Permainan

1. Pencari perlu mencari semua pemain sehingga selesai.

2. Pencari perlu menyentuh "Ibu", "Induk", atau "Rumah" lebig awal setelah menyebut nama peserta yang dia jumpa.

3. Pemain yang berjaya dicari dikira "mati". Pemain yang disebut namanya oleh pencari tetapi berjaya menyentuh "ibu" lebih dahulu daripada pencari, dikira hidup. Pemain ini boleh memilih sesiapa yang "mati" untuk dihidupkan.

4. Pemain yang "mati" dahulu akan menjadi pencari pula.

5. Peserta tidak boleh bersembunyi di luar kawasan yang telah ditetapkan.

6. Perserta boleh keluar dari tempat persembunyiannya untuk menyentuh "Ibu", "Induk", atau "Rumah".

7. Pemain-pemain mestilah mematuhi peraturan permainan.

Comments (1)

On March 5, 2022 at 1:53 AM , gardyniayadon said...

babyliss pro titanium straightener - Titanium Racing Tips
bboblesports tipster · › titanium damascus bboblesports-tipster-f-gifts › titanium trim as seen on tv tips › bboblesports-tipster-f-gifts › ford titanium tips 1 day ago — 1 day ago The result of titanium helix earrings the TAB Racecard was 11/1. Next Saturday at TAB, we are taking titanium element a look at our tips for tomorrow.